Masjid ini mampu menampung seramai 2,000 ahli jemaah.Ia mempunyai kawasan letak kereta yang luas.
Terdapat beberapa kubah perak dan sebuah menara azan yang dapat dilihat dari jauh.Kawasan mihrab dihiasi dengan seni khat dan minbarnya diperbuat daripada kayu.Di luar ruang solat terdapat sebuah bilik kelas.Masjid ini agak aktif mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah dan kursus khas.Pada pertengahan tahun 2010, AJK masjid ini telah bekerjasama dengan pihak HALUAN Terengganu untuk mengadakan ceramah tentang sekatan di Gaza dan pengutipan derma untuk penduduk Palestin.